Wednesday, 23 March 2011

IKON JABATAN AMAL MALAYSIA (PUSAT)


Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang telah dinobatkan sebagai IKON Jabatan Amal Malaysia (Pusat). Setelah ALP Jabatan Amal Malaysia bermesyuarat untuk memilih IKON Jabatan Amal Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini, ALP Jabatan Amal Malaysia telah sebulat suara bersetuju untuk menobatkan Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai IKON Jabatan Amal Malaysia. Beliau adalah pimpinan PAS yang paling banyak berjasa, menjaga kebajikan dan sentiasa memikirkan masa depan Jabatan Amal Malaysia.  Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak adalah juga salah seorang yang sering memberikan nasihat, tunjuk ajar dan sokongan yang tidak pernah putus dan jitu kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak. Beliau sering mengadakan program bersama Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan amat akrab dengan saf kepimpinan jabatan.

Beliau juga sentiasa berpesan yang bahawa beliau ingin melihat Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Amal Malaysia (Pusat) untuk berusaha menjadikan jabatan "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan badan-badan beruniform yang lain. Semoga beliau akan sentiasa memberikan nasihat, teguran dan sokongan yang jitu kepada jabatan kami. Allahuakbar..



BLOG BARU JABATAN AMAL MALAYSIA PERAK

Kami di Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak terpaksa membina sebuah blog baru kerana masalah-masalah yang timbul di blog dan portal yang lama. Oleh yang demikian sebarang maklumat terkini sila rujuk blog ini dan sebarang maklumat dan pertanyaan sila emelkan kepada jamnperak.penerangan@gmail.com atau hubungi Saudara Zakril Emry di talian 0125411227