PEMAKAIAN PAKAIAN
- Anggota akan diberikan arahan oleh pimpinan Jabatan untuk memakai pakaian yang sesuai bagi setiap jenis tugas, majlis dan sebagainya. Oleh yang demikian setiap anggota diwajibkan mematuhi arahan tersebut, ia bertujuan (langkah-langkah keselamatan) mengelakkan adanya 'anggota palsu' dikalangan para anggota yang bertugas.
- Anggota diwajibkan memakai pakaian yang diarahkan, ini kerana Jabatan ingin memastikan keseragaman pakaian bagi setiap tugas, program, aktiviti dan majlis.
- Semua aksesori bagi setiap pakaian harus dipakai lengkap oleh anggota mengikut kesesuaiannya, ini demi memastikan semua anggota memakai pakaian yang seragam dan kelihatan berdisiplin.
- Semua anggota tidak dibenarkan menempah dan membeli pakaian/aksesori pakaian selain daripada ALP Jabatan Amal Malaysia, Pengarah Jabatan Negeri Perak, Timbalan Pengarah 1 (Pentadbiran) dan Ketua Unit Ekonomi Jabatan Amal Perak sendiri, ini demi menjaga kelimpahan dipasaran dalam masa yang sama menjaga keseragaman kualiti kain, warna dan paten pakaian.
- Anggota diwajibkan melaporkan kepada Pengarah atau mana-mana pimpinan Jabatan Amal Perak sekiranya mendapat maklumat adanya pakaian Jabatan Amal Malaysia yang dijual, ditempah atau dihasilkan oleh mana-mana pihak swasta dan kerajaan supaya tindakan sewajarnya akan dapat diambil.
PAKAIAN NO.1 - PAKAIAN ISTIADAT (DIRAJA / PUSAT)
-PAKAIAN INI MASIH DALAM PERTIMBANGAN MASA HADAPAN-
HARGA : RM 400.00 > SATU SUT LENGKAP
DESKRIPSI PAKAIAN
Pakaian ini hanya ditempah dan dipakai untuk majlis rasmi Di Raja / Muktamar PAS Pusat sahaja. Ia juga dipakai oleh anggota pengiring pimpinan negeri/pusat yang menghadiri majlis rasmi/istiadat Di Raja. Pemakai atau penempah pakaian ini harus mendaftarkan diri kepada pimpinan dan mendapatkan kebenaran menempah dan memakai pakaian ini. Paten pakaian sebenar hanya akan diberikan kepada tukang jahit yang dibenarkan dan hanya tukang jahit yang telah ditentukan oleh jabatan sahaja akan dibenarkan menjahitnya.PAKAIAN NO.2 - PAKAIAN FORMAL
-PAKAIAN INI MASIH DALAM PERTIMBANGAN MASA HADAPAN-
HARGA : RM 250> SATU SUT LENGKAP
DESKRIPSI PAKAIAN
Pakaian ini hanya ditempah dan dipakai untuk majlis rasmi Jabatan dan sebagainya sahaja. Ia juga dipakai oleh anggota pengiring pimpinan yang menghadiri majlis rasmi bukan istiadat Di Raja. Paten pakaian sebenar hanya akan diberikan kepada tukang jahit yang dibenarkan dan hanya tukang jahit yang telah ditentukan oleh jabatan sahaja akan dibenarkan menjahitnya.PAKAIAN NO.3 - PAKAIAN KERJA
-PAKAIAN INI SEDANG DIPAKAI OLEH ANGGOTA AMAL SEKARANG-
HARGA : RM 80> SATU SUT LENGKAP
DESKRIPSI PAKAIAN
Pakaian ini hanya dipakai untuk aktiviti Jabatan sahaja atas keperluan dan arahan pimpinan Jabatan. Ia juga dipakai oleh anggota pada waktu-waktu kerja tertentu seperti mesyuarat, taklimat, ceramah, majlis jamuan dan sebagainya.PAKAIAN NO.4 - PAKAIAN OPERASI 1
-PAKAIAN INI SEDANG DIPAKAI OLEH ANGGOTA AMAL SEKARANG-
HARGA : RM 80> SATU SUT LENGKAP
DESKRIPSI PAKAIAN
Pakaian ini hanya dipakai untuk operasi Jabatan sahaja atas keperluan dan arahan pimpinan Jabatan. Ia juga dipakai oleh anggota pada waktu-waktu kerja tertentu seperti misi bantuan bencana, menyelamat dan sebagainya. Biasanya ia dipakai bersama 'vest' jabatan.PAKAIAN NO.5 - PAKAIAN OPERASI 2
-PAKAIAN INI SEDANG DIPAKAI OLEH ANGGOTA AMAL SEKARANG-
HARGA : RM 80> SATU SUT LENGKAP
DESKRIPSI PAKAIAN
Pakaian ini hanya dipakai untuk operasi Jabatan sahaja atas keperluan dan arahan pimpinan Jabatan. Ia juga dipakai oleh anggota pada waktu-waktu kerja tertentu seperti misi bantuan bencana, menyelamat dan sebagainya. Biasanya ia dipakai bersama 'vest' rasmi jabatan.PAKAIAN NO.6 - PAKAIAN KOPERAT
-PAKAIAN INI SEDANG DIPAKAI OLEH ANGGOTA AMAL SEKARANG-
HARGA : RM 120> SATU SUT LENGKAP
DESKRIPSI PAKAIAN
Pakaian ini hanya dipakai untuk operasi waktu malam atau menghadiri majlis-majlis separuh formal, ceramah, makan malam dan Jamuan Jabatan atas keperluan dan juga arahan pimpinan Jabatan. Ia juga dipakai oleh anggota pada waktu-waktu kerja tertentu seperti misi mengiringi pimpinan dan sebagainya. Biasanya ia dipakai bersama baju no.3/no.4 jabatan. Pakaian ini hanya dengan pertambahan 'Corporate Jacket' Jabatan.